I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 7 December 2011


Perkakasan Komputer


Perkakasan adalah peralatan yang terlibat dalam fungsi sebuah komputer. Ia terdiri dari komponen-komponen yang boleh dikawal secara fizikal. Fungsi bagi komponen tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu input, output dan storan.
Komponen bagi ketiga-tiga kategori dihubungkan kepada pemproses mikro, iaitu unit pemprosesan pusat (CPU), iaitu litar elektronik yang membekalkan kebolehan mengira dan mengawal komputer melalui litar yang dipanggil bas.
Interaksi antara perkakasan input dan output dikawal oleh perisian yang dipanggil Basic Input Output System (BIOS). Walaupun pemproses mikro dianggap sebagai perkakasan, sebahagian fungsinya adalah berkaitan dengan perisian komputer. Oleh kerana pemproses mikro mempunyai ciri-ciri perkakasan dan perisian komputer, maka ia selalu dikenali sebagai firmware.
Pemproses atau unit pemprosesan pusat merupakan komponen utama dan berfungsi sebagai otak dalam sistem komputer. Ia mengandungi berjuta litar yang melakukan pengawalan audio, video, pengiraan matematik dan arahan komunikasi.
Oleh kerana tanggungjawab dan tugasnya yang banyak, pemproses direka untuk beroperasi dengan pantas bagi membolehkan pemprosesan berjuta-juta arahan setiap saat terutamanya dengan penggunaan perisian yang semakin canggih hari ini.
Jenis pemproses utama menggunakan platform x86 dengan pemproses dari Intel, AMD dan Cyrix. Sistem Apple pula dilengkapi dengan pemproses PowerPC. Walaupun berbeza dari segi rekabentuk/arkitektur serta sokongan sistem operasi yang berbeza, fungsi CPU dalam semua jenis komputer adalah serupa iaitumemproses arahan.
Sebelum memasukkan pemproses, pastikan dahulu jenisnya boleh digunakan pada papan litar utama kerana tidak semua papan litar utama menyokong semua jenis cip.

No comments:

Post a Comment