I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 7 December 2011

RAM (Random Access Memory) adalah ingatan capaian rawak.Ia merupakan ingatan sementara sahaja. Memori RAM terbahagi kepada dua jenis dalaman iaitu SIMM (Single Inline Memory Module), DIMM (Double Inline Memory Module ). Kedua-dua jenis ini menggunakan antaramuka 72 pin dan 124 pin. SIMM menawarkan laluan data sebanyak 32 bit manakala DIMM menawarkan laluan 64 bit. Sebenarnya SIMM dan DIMM merujuk kepada module


TERDAPAT TIGA JENIS RAM :


* EDO RAM

* SD RAM

* DD RAM

JENIS SLOT RAM

SLOT SIMM

* SINGLE IN-LINE MEMORY MODULE

* (32 PIN & 72 PIN)

SLOT DIMM

* DOUBLE IN-LINE MODULE

* (162 PIN)

JENIS RAM

JENIS EDO

* EXTENDED DATA OUT

* Mempunyai 32 pin dan 72 pin

* Digunakan untuk papan induk jenis pentium

* Ram jenis ini jarang didapati sekarang kerana tidak dikeluarkan lagi.


JENIS SDRAM

* SYNCHRONOUS DYNAMIC RAM

* Mempunyai 168 pin

* Digunakan bersama slot dimm

* Digunakan pada papan induk seperti soket 370 dan pentium iii

* Sedang digunakan pada ketika ini.

JENIS DDRAM

* DOUBLE DATA RATE RAM

* Slotnya tidak jauh beza dengan dimm

* Digunakan pada papan induk jenis pentium iv

* Ram jenis baru dipasarkan

* Penggunaannya semakin meningkat.
Apa itu Hardisk ?

Hardisk merupakan media storan bagi menyimpan data atau maklumat bagi sesebuah komputer. Di dalam media storan ini juga akan dimasukkan sistem operasi (OS) dan perisian applikasi (application software) bagi memudahkan sesuatu sistem komputer berfungsi.


Fungsi Hardisk


* Menyimpan maklumat dan data
* Memproses segala data dan maklumat

Apa itu Motherboard ?

Motherboard adalah salah satu komponen penting yang meggerakkan sesebuah sistem komputer, Komponen ini dinamakan Motherboard ( Papan Utama atau Papan Induk ) mempunyai slot-slot bagi meletakkan kad-kad tambahan seperti Network card,Display Card,Modem dan sebagainya.Litar kuprum yang terdapat pada permukaan motherboard disebut sebagai traces. Ia berfungsi membawa isyarat (signals) dan juga voltan (voltage). Berfungsi untuk papan litar menghantar data untuk BIOS, CPU, dan memori sementara lapisan yang lainnya digunakan untuk membawa voltan dan isyarat untuk mengelakkan berlakunya litar pintas di setiap persimpangan laluan. Lapisan penebat direka memudahkan cip dan soket dipateri dan diletakkan pada motherboard.Motherboard keluaran terkini direka dengan kompleks kerana kesemua unit seperti keyboard,usb,display telah dicantumkan kesemua dan dipanggil built-in mottherboard.

Fungsi Motherboard

* Untuk meletakkan kad-kad tambahan
* Menghantar data untuk CPU,BIOS,Memori


Jenis-jenis Motherboard

* Socket 7 (untuk Pentium 2,Cyrix,MMX)
* Socket 370 ( untuk Pentium 3,Celeron)
* Socket 478 & 428 ( untuk Pentium ,Celeron,AMD)
* Socket 775 ( AMD,Celeron,Pentium)


Unit-unit yang terdapat pada Motherboard

* Port keyboard/Mouse PS2
* USB port ( Universel Serial BUS )
* Display port
* Com 1 (serial port )
* Parallel port (printer)
* Sound/joystick (game controller)
* Slot RAM
* Display card slot
* IDE dan Floppy slot

Perkakasan Input

Perkakasan input mengandungi peranti luaran, iaitu komponen yang terletak di luar CPU. Ia merupakan peranti yang menerima data dan menghantarnya ke CPU. Data yang diterima oleh peranti input mestilah dalam bentuk yang sesuai (misalnya pembaca kod bar hanya menerima data dalam bentuk kod bar). Peranti input menukar data kepada bentuk binari yang boleh diterima oleh CPU.

Papan Kekunci

Papan kekunci adalah seperti mesin taip yang membenarkan pengguna memasukkan teks dan arahan kepada komputer. Sesetengah papan kekunci mempunyai kekunci khas atau peranti penunjuk, seperti trackball atau "touch-sensitive regions" yang membenarkan pengguna menggunakan pergerakan jari untuk menggerakkan kursor pada skrin.Papan kekunci merupakan media yang menjadi sumber memasukkan data ke dalam sesebuah PC samada melalui perisian atau melaksanakan operasi PC. Dalam banyak aspek, kekunci menjadi pembantu kepada tetikus.

OMR, OCR dan MICR

Terdapat beberapa kaedah membaca data berbentuk aksara atau tanda. Pembaca dokumen (document reader) adalah peranti yang membaca data terus dari borang. Antara pembaca dokumen yang biasa adalah Optical Mark Reading (OMR), Optical Character Recognition (OCR) dan Magnetic Ink Character Recognition (MICR).OMR adalah sistem pembacaan baris atau tanda yang telah dibuat tepat kedudukannya pada kad atau dokumen. Contoh borang OMR adalah kertas saranan jawapan aneka pilihan.
OCR boleh mengesan aksara berdasarkan bentuknya. Pengimbas pada mulanya hanya digunakan untuk mengimbas gambar, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengimbas teks. Ia memerlukan perisian OCR. OCR boleh membaca tulisan cetakan dan juga tulisan tangan.
MICR mengesan aksara yang terbentuk dari dakwat magnetik. Contoh penggunaan MICR adalah pengesanan nombor pada cek bank.
Contoh-contoh peranti lain yang dapat mengesan aksara adalah pembaca kod bar (misalnya pada tanda harga) dan pembaca jalur magnet (pada kad kredit atau tiket).

Tetikus

Tetikus pula adalah alat penunjuk (pointing device) yang direkabentuk untuk digenggam dengan sebelah tangan. Ia mempunyai peranti pengesan (biasanya bebola) di bawahnya yang membolehkan pengguna mengawal kursor dengan menggerakkannya di atas permukaan rata. Tetikus merupakan aksesori yang memudahkan operasi dalam persekitaran GUI (Graphical User Inrerface) atau Windows. Pengguna dengan mudah melakukan pelbagai operasi dengan menggerakkan petunjuk dan mengklik butang tetikus.

Pen Cahaya

Pen cahaya digunakan untuk melukis terus di atas skrin monitor atau memilih maklumat pada skrin dengan menekan klip pada pen atau dengan menekan pen cahaya ke atas permukaan skrin. Pen men gandungi pengesan cahaya yang dapat menentukan bahagian mana skrin yang dilalui.

Skrin Sentuh (Touch Screen)

Skrin Sentuh adalah skrin di mana data boleh dimasukkan ke dalam komputer hanya dengan menyentuhnya dengan jari. Item yang dipilih adalah seperti apa yang dilakukan ol;eh tetikus atau pen cahaya.

Tablet Grafik

Tablet Grafik adalah papan yang boleh mengesan kedudukan stylus (pen) di atas permukaannya. Ia boleh digunakan untuk menyurih lukisan yang diletakkan di atasnya.

Kayu Ria (joystick)

Kayu ria adalah peranti penunjuk yang mempunyai lengan yang boleh digerakkan ke beberapa arah bagi memandu kurssor atau objek grafik lain pada skrin komputer.

Pengimbas Optikal

Pengimbas optikal menggunakan peralatan pengesan cahaya untuk menukar imej seperti gambar atau teks kepada isyarat elektronik yang boleh dimanipulasi oleh komputer. Dua jenis pengimbas yang biasa adalah "flatbed scanner", yang seakan-akan mesin fotostat dan pengimbas "hand held" yang dilalukan ke atas imej untuk diproses.

Mikrofon

Mikrofon adalah peranti untuk menukarkan bunyi kepada isyarat yang kemudiannya boleh disimpan, dimanipulasi dan dimainkan semula oleh komputer.

Modul Pengecam Suara

Modul pengecam suara adalah peranti yang menukarkan percakapan kepada maklumat yang boleh dicam dan diproses oleh komputer.

Modem

Modem adalah peranti yang menghubungkan komputer dengan talian telefon dan membenarkan maklumat dihantar atau diterima dari/ke komputer lain. Setiap komputer yang menghantar atau menerima maklumat mestilah disambungkan kepada modem. Maklumat yang dihantar dari sebuah komputer akan ditukar kepada isyarat audio oleh modem, yang dihantar melalui talian telefon kepada modem penerima yang menukar semula isyarat kepada maklumat di mana komputer penerima dapat memahaminya.Modem merupakan peranti yang sangat diminati hari ini. Ini disebabkan perkembangan pantas Internet memerlukan pengguna melengkapkan PC dengan modem bagi sambungan Internet.
Modem merupakan peranti yang dapat menukarkan isyarat digital (digunakan oleh komputer) kepada isyarat analog (digunakan dalam talian telefon) dan sebaliknya.Jenis modem dibezakan oleh kepantasan penghantaran data (misalnya 14.4 kilobait per saat , 28.8 Kbps, 33.6 Kbps dan 56.6 Kbps). Dengan modem yang lebih pantas, pengguna dapat mengurangkan masa mendapatkan data.
Terdapat dua kategori modem di pasaran iaitu modem dalaman (internal modem) dan modem luaran (external modem). Modem dalaman adalah berbentuk kad yang dimasukkan ke dalam slot tambahan pada papan litar utama. Modem luaran pula disambungkan ke pelabuhan (port) dan ianya memerlukan bekalan kuasa yang berasingan.

Perkakasan Output

Paparan Video

Paparan video, atau skrin, menukarkan maklumat yang dijanakan oleh komputer kepada maklumat visual. Paparan biasanya terdiri dari dua bentuk iaitu skrin video dengan "cathode ray tube" (CRT) dan skrin video dengan "liquid crystal display" (LCD).Skrin berasaskan CRT, atau monitor adalah seakan-akan set televisyen. Maklumat dari CPU dipaparkan amenggunakan pancaran elektron yang mengimbas permukaan "phosphorescent" yang mengeluarkan cahaya dan membentuk imej.
Skrin berasaskan LCD memaparkan maklumat visual pada skrin datar. Ia biasanya digunakan pada komputer laptop atau notebook.

Pencetak

Pencetak mengambil teks dan imej dari komputer dan mencetaknya di atas kertas. Pencetak matriks bintik (dot matrix) menggunakan dawai halus untuk menghentak "ribbon" bagi membentuk aksara. Pencetak laser men ggunakan sinaran cahaya untuk melukis imej di atas "drum" dan kemudiannya mengutip zarah hitam halus yang dipanggil "toner". Toner dipindahkan ke atas kertas bagi menghasilkan imej. Pencetak pancut dakwat (ink jet) menembak titisan dakwat ke atas kertas untuk membentuk aksara dan gambar.

Perkakasan Storan

Perkakasan storan menyediakan storan kekal bagi maklumat dan program untuk diambil oleh komputer. Dua jenis peranti yang utama ialah pemacu cakera dan ingatan (memory).

Ingatan

Ingatan merujuk kepada cip komputer yang menyimpan maklumat yang dapat diakses dengan cepat oleh CPU.Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory - RAM) digunakan untuk menyimpan maklumat dan arahan yang melaksanakan program komputer. P:rogram akan dipindahkan dari storan pada pemacu cakera kepada RAM. RAM adalah tempat storan sementara di mana isi kandungannya akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan.
Dengan saiz RAM yang lebih besar, pengguna dapat menikmati persembahan yang lebih pantas terutama ketika menggunakan sistem operasi Windows 95 atau perisian-perisian yang canggih. Dengan saiz RAM yang besar juga, operasi multitasking dapat dilaksanakan dengan lebih pantas. (Contoh operasi multitasking adalah apabila kita membuka lebih dari satu perisian serentak - misalnya Word, Excel dan Powerpoint).
RAM terdiri dari litar yang diletakkan di atas papan kecil dengan jejari untuk dimasukkan ke dalam slot tertentu pada papan litar utama. RAM jenis lama mempunyai 30 pin sementara kebanyakan sistem hari ini menggunakan RAM 72 pin. Selain dari jumlah jejari yang berbeza, kebanyakan PC hari ini juga menggunakan ingatan jenis EDO (Extended Data Out) yang lebih pantas dari ingatan jenis lama seperti Fast Page.
Terdapat jenis memori baru yang dipanggil "Synchronous DRAM"(SDRAM) yang memberi persembahan baik dan harganya semakin menghampiri harga memori EDORAM. SDRAM menghasilkan kadar hantaran lebih pantas antara CPU dan memori.
Jumlah ingatan yang boleh dimasukkan dalam sesebuah PC bergantung kepada jumlah bank ingatan pada papan litar utama. (Pastikan anda memeriksa spesifikasi sistem dan konfigurasi susunan pada bank sebelum membeli dan menambah ingatan)
Ingatan Baca Sahaja (Read Only Memory - ROM) mengandungi maklumat dan perisian kritikal yang kekal agar komputer dapat beroperasi. ROM adalah ingatan tak meruap kerana cip ingatan tidak akan kehilangan maklumat apabila bekalan kuasa diputuskan.
Selain memori, komponen yang berupaya mengurangkan masa bagi melaksanakan sesuatu tugas ialah cache memori yang dipanggil cache aras 2 (Level 2 - L2). Cache L2 menjadi sumber terdekat bagi prosesor mendapat data dan pada kadar lebih pantas berbanding RAM.
Seperti komponen lain, saiz cache L2 ialah 512KB. Dengan saiz lebih besar, lebih banyak kod boleh disimpan dan dihantar kepada pemproses. Ia berfungsi menyimpan data/arahan yang kerap diminta oleh CPU.

Pemacu Cakera

Terdapat beberapa jenis pemacu cakera : cakera keras, cakera liut, cakera magneto optical, CD-ROM dan ZIP.Cakera Keras. Komponen ini dianggap sebagai gudang atau stor yang menyimpan data.Semua maklumat ditulis dan dibaca ke/dari cakera keras. Cakera keras yang terdapat di pasaran hari ini berupaya menyimpan antara dua hingga tujuh gigabait data. Keupayaannya terus ditingkatkan dengan beberapa syarikat sedang membangunkan cakera dengan storan 9GB. Dengan saiz aplikasi terutama dengan gabungan video dan audio, pemilihan cakera keras dengan storan lebih tinggi ialah opsyen terbaik.Selain saiz, persembahan cakera keras turut berbeza dan ia dipengaruhi kepantasan akses, pusingan setiap minit (RPM), dan saiz cache sesuatu cakera. Lebih pantas masa akses dan lebih tinggi RPM, maka lebih pantas persembahan cakera dan secara langsung meningkatkan keupayaan PC.
Terdapat cakera keras yang menyokong standard IDE dan SCSI. Daripada kajian, cakera keras SCSI lebih pantas tetapi harganya lebih tinggi. Selain itu, cakera keras jenis ini memerlukan pengawal SCSI (SCSI Controller). Kebanyakan PC hari ini dilengkapkan dengan cakera keras jenis IDE. Ia tidak memerlukan kad tambahan dan boleh dipasang terus ke dalam sistem dengan sokongan EIDE. Persembahan cakera EIDE juga semakin pantas dengan peningkatan masa carian dan masa akses.
Pemacu CD-ROM.Selain pemacu cakera liut 3.5 inci, kebanyakan PC hari ini dilengkapkan dengan pemacu CD-ROM. Berbanding dengan pemacu cakera liut, pemacu CD-ROM dapat menyimpan sejumlah data yang besar sehingga 650 MB. Bagaimanapun pengguna hanya boleh membaca isi kandungan CD-ROM dan tidak boleh menulis ke atasnya.
Kelajuan pemacu (biasanya dilabel sebagai 4X, 6X, 8X, 10X, 16X, 20X,24X dsb) dikira berdasarkan pusingan. Kebanyakan pemacu CD-ROM pada hari ini berpusing pada kadar 16X iaitu kadar data boleh dihantar ke cakera keras. Pemacu CD-ROM 16X mencukupi bagi penggunaan seharian serta aplikasi multimedia.
Digital Versatile Disk (DVD). Teknologi cakera Cd yang paling mendapat perhatian hari ini ialah DVD. Kelebihan utama DVD berbanding dengan CD-ROM ialah keupayaan storan yang 10 kali lebih besar berbanding dengan CD tradisional. Keupayaan storan tinggi ini membolehkan kandungan multimedia berkualiti seperti cakera laser dapat disimpan dalam satu CD. Contohnya, sebuah filem 120 minit hanya boleh disimpan dalam dua keping CD-ROM. Dengan menggunakan DVD, semua kandungan filem dapat dimasukkan. Cakera DVD hari ini mempunyai kapasiti 4.7GB (single sided). Walau bagaimanapun cakera DVD hanya boleh dibaca sahaja.
Pemacu ZIP (ZIP Drive). Penyimpanan data menggunakan pemacu ZIP mula mendapat perhatian kerana keupayaannya menyimpan data lebih besar serta fungsi mudah alih data dalam cakera seperti kaedah cakera liut. Secara umum, pemacu ZIP berfungsi seperti pemacu cakera liut, bezanya hanya dari segi kapasiti storan di mana setiap cakera ZIP boleh menyimpan sehingga 100MB data.
Terdapat dua jenis pemacu ZIP, iaitu jenis yang dipasang seperti pemacu cakera liut manakala satu jenis lagi dipasang di luar (external). Walau bagaimanapun kedua-duanya mempunyai kapasiti storan yang sama.

Perkakasan Komputer


Perkakasan adalah peralatan yang terlibat dalam fungsi sebuah komputer. Ia terdiri dari komponen-komponen yang boleh dikawal secara fizikal. Fungsi bagi komponen tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu input, output dan storan.
Komponen bagi ketiga-tiga kategori dihubungkan kepada pemproses mikro, iaitu unit pemprosesan pusat (CPU), iaitu litar elektronik yang membekalkan kebolehan mengira dan mengawal komputer melalui litar yang dipanggil bas.
Interaksi antara perkakasan input dan output dikawal oleh perisian yang dipanggil Basic Input Output System (BIOS). Walaupun pemproses mikro dianggap sebagai perkakasan, sebahagian fungsinya adalah berkaitan dengan perisian komputer. Oleh kerana pemproses mikro mempunyai ciri-ciri perkakasan dan perisian komputer, maka ia selalu dikenali sebagai firmware.
Pemproses atau unit pemprosesan pusat merupakan komponen utama dan berfungsi sebagai otak dalam sistem komputer. Ia mengandungi berjuta litar yang melakukan pengawalan audio, video, pengiraan matematik dan arahan komunikasi.
Oleh kerana tanggungjawab dan tugasnya yang banyak, pemproses direka untuk beroperasi dengan pantas bagi membolehkan pemprosesan berjuta-juta arahan setiap saat terutamanya dengan penggunaan perisian yang semakin canggih hari ini.
Jenis pemproses utama menggunakan platform x86 dengan pemproses dari Intel, AMD dan Cyrix. Sistem Apple pula dilengkapi dengan pemproses PowerPC. Walaupun berbeza dari segi rekabentuk/arkitektur serta sokongan sistem operasi yang berbeza, fungsi CPU dalam semua jenis komputer adalah serupa iaitumemproses arahan.
Sebelum memasukkan pemproses, pastikan dahulu jenisnya boleh digunakan pada papan litar utama kerana tidak semua papan litar utama menyokong semua jenis cip.

PERISIAN KOMPUTER

FUNGSI
PERKAKASAN
PERISIAN
Input
Unit ini berfungsi sebagai media untuk memasukkan data dari luar ke dalam suatu memori dan processor untuk diolah guna menghasilkan informasi yang diperlukan.
Keyboard
Keyboard merupakan unit input yang paling penting dalam suatu pengolahan data dengan komputer. Keyboard dapat berfungsi memasukkan huruf, angka, karakter khusus serta sebagai media bagi user (pengguna) untuk melakukan perintah-perintah lainnya yang diperlukan, seperti menyimpan file dan membuka file.
Mouse
Mouse adalah salah unit masukan (input device). Fungsi alat ini adalah untuk perpindahan pointer atau kursor secara cepat. Selain itu, dapat sebagai perintah praktis dan cepat dibanding dengan keyboard.
Touchpad
Unit masukkan ini biasanya dapat kita temukan pada laptop dan notebook, yaitu dengan menggunakan sentuhan jari. Biasanya unit ini dapat digunakan sebagai pengganti mouse.
Launch Manager Properties
Synaptics PS/2 Port Touch Pad
Synaptics PS/2 Port Touch Pad
Storage
Merujuk kepada komponen komputer, perangkat komputer, dan media perekaman yang mempertahankan data digital yang digunakan untuk beberapa interval waktu. Penyimpanan data komputer menyediakan salah satu tiga fungsi inti dari komputer modern, yakni mempertahankan informasi.
USB Drive, CD, DVD, Hard Disc, Thumb Drive.
HUAWEI Mass Storage USB Devise.
MATSHITA DVD-RAM UJ-850S ATA Device.
Processing
CPU, CD ROM, RAM.
ACPI x86-basedPC.
Windows Vista, GeForce Go 7300 128 Mb.
Output
Speaker, Monitor, Printer, LCD, Scanner.
Canon Laser Jet.
Compaq 5500.

PENGENALAN SOFTWARE

Tiga software utama yang menjadi alat bantuan pembelajaran ialah:
  • Pemprosesan perkataan( Word Processing)
  • Hamparan Elektronik(Spreedsheet)
  • Pangkalan Data(Database)
Alat-alat ini dapat membantu para guru dan pelajar dalam proses pembelajaran supaya paparan dapat dilihat lebih menarik, mudah, dan menjimatkan masa.

Monday 5 December 2011

TELEKOMUNIKASI DAN RANGKAIAN KOMPUTER

Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu: Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)
  • Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus
  • Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sesebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer
  • Terdapat tiga jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam tatarajah LAN bagi rangkaian pelanyan-pelanggan. Rangkaian-rangkaian tersebut ialah:
    1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus) - Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator) yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod ( fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah Ethernet dan LocalTalk.
    2. Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider) - Selain daripada topologi bas, turut merupakan topologi yang agak popular ialah topologi bintang. Topologi ini adalah juga topologi yang seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server). >
    3. Topologi Gelang Token (Token Ring)
      • Rangka reka bentuk jenis topologi ini seolah menyamai sebuah bebulat. Ini adalah kerana setiap nod serta komputer peribadi akan disambungkan pula kepada komputer peribadi serta nod seterusnya iaitu nod yang bersebelahan dengannya. Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi yang terdapat pada rangkaian tersebut amat bergantung di antara satu sama lain. Jika sesebuah komputer itu rosak ataupun tidak bermasalah, seluruh rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi.

Komputer

Pada hari ini komputer digunakan dalam urusan perniagaan, hiburan atau kegunaan peribadi. Tujuan utamanya untuk memudahkan dan meningkatkan mutu kerja.
Lain-lain kepentingan komputer dalam masyarakat termasuk mengawal lampu isyarat, perubatan, penerbitan,penguatkuasaan undang-undang, mengawal pencemaran serta lain-lain kepentingan yang berkaitan dengan manusia.
Pada mulanya komputer digunakan didalam penyelidikan kerajaan dan untuk menyelesaikan masalah saintifik dan kejuruteraan. Dalam masa yang tidak begitu lama, komputer mulai mempunyai kepentingan kepada masyarakat apabila penggunaannya diperluaskan.

Sejarah komputer.
Sejarah komputer bermula pada awal tahun 1940-an. Pada tahun tersebut terciptalah sebuah komputer elektronik pertama di dunia, ia dikenali dengan nama ABC (Atanasoff and Berry Computer). Komputer yang menempuh pencapaian yang membuka jendela komputer moden pada hari ini dicipta oleh Atanasoff bersama rakannya Berry. Ciptaan kedua-dua sahabat ini mengira dengan menggunakan tiub hampagas.


Pada dekad yang sama seorang lagi saintis bernama Eckert dan Mounchly berjaya mencipta komputer yang dikenali dengan nama ENIAC (Elektronic Numerator, Integrator,Analyser dan Computer).Malangnya tujuan utama komputer dicipta ketika itu bagi tujuan peperangan.

Saingan mencipta komputer semakin rancak apabila pada tahun 1949 terciptanya sebuah lagi komputer. Ia dikenali dengan nama EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Computer) di Universiti Cambridge. Berbeza dengan tujuan komputer ENIAC dicipta, komputer ini digunakan sebagai alatan am yang beroperasi di bawah kawalan atur cara tersimpan.Atur cara tersimpan merupakan satu set suruhan tersimpan secara dalaman yang memandu komputer dan ia melalui langkah-langkah tertentu serta tersusun.

Selepas itu pelbagai jenis komputer dicipta dan perlumbaan mencipta komputer yang lebih canggih semakin hebat. Pelbagai jenis komputer, jenama dan kegunaan dihasilkan hinggalah ke hari ini.



CIRI-CIRI SEBUAH KOMPUTER

a) Tidak mempunyai perasaan atau emosi. Ia sentiasa bersedia menerima sebarang arahan daripada manusia yang mengendalikannya.

b) Mampu menyimpan data dalam tempoh yang lama. Jika data tersebut diperlukan ia baleh dikeluarkan dari tempat menyimpan data di dalam UPU komputer atau di dalam disket.

c) Mampu menyimpan perintah atau arahan yang boleh diproses mengikut urutan tertentu secara automatik.

d) Mampu mengira dengan tepat serta cepat. Terdapat komputer yang mampu mengira atau menganalisa sesuatu data dengan kelajuan 1/1,000,000,000 saat. Pengiraan yang mengambil masa lama hanya dapat diselesaikan oleh komputer dalam masa yamg amat singkat.

e) Mampu menerima dan mengeluarkan data. Komputer mempunyai alat yang berupaya menukarkan data kepada kod-kod yang difahaminya. Seterusnya menukarkan kod-kod tersebut ke dalam bentuk yang difahami manusia.



Pada hari ini pelbagai pendapat dikemukakan oleh manusia terhadap perkembangan dan kemajuan dalam bidang komputer.Orang-orang yang berfikiran sempit sering kali bimbang jika perkembangan drastik dalam dunia komputer memberi kesan tidak elok kepada dunia. Terutamanya sifat-sifat kemanusiaan. Bagi orang-orang yang begitu menyokong perkembangan pesat dalam bidang komputer ini, mereka menyatakan perkembangan perkembangan pesat dalam bidang komputer ini akan memberi kesan yang enak kepada manusia sejagat. Terutamanya bagi mengurangkan masa bagi menyelesaikan ssesuatu masalah.

Perkembangan pesat dalam bidang komputer pada hari ini seolah-olah telah mengujudkan masyarakat negara kita, terutamanya golongan dewasa dan golongan tua. Bagi mereka yang ditugaskan untuk bekerja dengan komputer sering kali mereka menolak untuk menggunakan peralatan ini. Seharusnya masyarakat negara kita tidak kira golongan dan bangsa seharusnya mereka mempunyai sifat ‘celik komputer’. Setidak-tidaknya mempunyai kefahaman asas berkenaan mesin ini. Seharusnya mereka juga boleh menggunakan komputr sebagai alat bagi kegunaan peribadi dan juga tugas-tugas di pejabat atau urusan perniagaan.

Bagi masyarakat yang ‘celik komputer’, mereka boleh berinteraksi dengan komputer serta memproses perkataan, data, lembaran hamparan dan lain-lain interaksi. Contohnya penggunaan internet tidak akan dapat digunakan jika seseorang tidak ada asas menggunakan sebuah komputer.

Seharusnya kita tidak dipaksa menjadi seorang ‘celik komputer’, sebaliknya dengan sukarela menjadi salah seorang masyarakat yang ‘celik komputer’. Setiap hari mesin yang dikenali dengan nama komputer ini semakin hari semakin canggih.Oleh itu jika kita tidak mengikutinya maka sukarlah kita menggunakannya pada suatu hari nanti.

Seandainya kita mengetahui tentang sesuatu jenis komputer dan kemampuannya melakukan sesuatu kerja, kita akan mendapat manfaat daripadanya. Tapi jika sebaliknya, kita akan mendapati ia sebaliknya kepada diri kita.

Oleh itu marilah kita mempelajari serta mengikuti perkembangan dunia komputer,agar apa yang generasi baru negara kita kecapi pada suatu hari nanti dapat kita sama-sama kecapi.

Saturday 15 October 2011

E-Business